Assalamualaikum..
Admin nak kongsi satu entry yang menarik dari satu blog ni..
kalo nak thu selebihnye boleh gi kat link ni ok
gmbr2 kat bawah ni semue dari sempanan admin utk nmpk menarik hehee..
http://sophiealyahya.blogspot.com/2012/04/masalah-adik-adik-menjadi-pelajar.html
Ok jom bace...;)
Masalah Adik-adik: Menjadi Pelajar Senibina
Aku baru dapat satu email dari seorang pelajar senibina. Aku tersenyum baca email dia. Apa yang dia sampaikan tu, aku dah pernah lalui. Jadi disini aku nak share la masalah adik tersebut supaya mereka yang sedang belajar jurusan senibina yang lain boleh faham jugak apa yang aku nak sampaikan ni.
Masalah beliau:
saya, Julie (bukan nama sebenar).. an architecture student di uitm seri iskandar. baru je semester 1.. hehe.. ada tips tak untuk hati tak mudah give up dan teruskan pengajian ni sampai habis 8 sem? saya da almost menyerah kalah da ni. beban kerja, submission yang gaya nak bunuh orang, design kena reject, syllabus yang da tukar membuatkan susah nak tanya senior... macam-macam laa... saya minat archi. saya pernah gagal first interview dan sanggup tunggu setahun untuk pergi ke 2nd interview. tapi bila da dapat belajar apa yang saya minat hati saya pula masalah... kalau boleh saya tak nak quit. da banyak duit saya habis, da banyak masa saya terluang. tolongla kak sophie.. T___T may your kind words save me from this kinda feeling..
1)Yang memang tak minat. Sekadar belajar sebab dapat kos ni atau parents suruh.Fiuuuuuu~ tarik nafas panjang dulu nak berfikir dan menaip. Hurmmm..Biasanya ada dua golongan pelajar senibina yang ada perasaan untuk quit:
2) Yang memang minat. Tapi bila sedang belajar kos senibina ni, ada perasaan macam stress tahap nak bunuh orang mahupun bunuh diri.
Nasihat saya untuk yang tak minat dan terpaksa belajar kos ni, quit lah.Honest ni. Masih belum terlambat. Susah nak survive architecture kalau tak minat. Beban dia terbawa-bawa sampai alam pekerjaan.
Bagi masalah macam adik Julie (bukan nama sebenar) ni pulak, dia minat tapi bila dah mula belajar dia stress.Sebenarya belajar dalam bidang apa-apa pun ada masanya akan stress kan? Tapi untuk entri ni saya akan fokus pada architecture. Kepada adik Julie, awak baru berada di sem 1. Semua beban yang awak lalui tu ibarat 1% je dari keseluruhan benda yang awak kena belajar untuk jadi seorang arkitek. Semua dugaan yang awak lalui, semua beban kerja, submission,design kena reject, itu adalah..PERKARA BIASA dalam architecture. Diulangi, PERKARA BIASA! ibarat hari-hari kena gosok gigi.
Saya cuba relate dengan realiti pekerjaan sekarang ok.
Beban kerja- Normal. Multi-tasking ialah perkara utama untuk manage diri sendiri bila berada dalam bidang ni. Nak jadi arkitek bukan sekadar kau design conteng-conteng kat kertas lepas tu bangunan dah siap,wahh! Skethces macam Frank Gehry seh! Tak. Kalau masa belajar submission kita ada lah dalam 8-10 keping kertas A1, dan kita dah cukup letih nak siapkan. Bayangkan bila kerja, nak prepare drawings untuk sesuatu submission mungkin satu set ada dalam ratus hingga ribu keping kertas A1 kot. Dan drawings masa nak submit itu adalah detail, harus tepat, salah kena lempang *ok ni hiperbola*. Kalau tukar satu pelan,.Mungkin tukar kedudukan dinding nak letak mana aje. Tapi kalau bangunan tu ada 30 tingkat? darab 4 blok bangunan? setiap tingkat kena ammend?keratan rentas (section) bangunan lagi? itu baru pasal dinding. Belum lagi masuk isu lain lagi.
Submission- Kita selalu stay up kan untuk submission? Tips bila nak submit, jangan terlalu fokus pada satu perkara sampai kamu abaikan perkara lain pada submisission tu. Biasanya lecturer tengok presentation tu as a whole. Gambaran keseluruhan. Kata lah kamu terlalu fokus pada model making dengan 3d perspective sampai abaikan drawings lain. Tak boleh. (sebab dulu saya macam ni so dah menyesal dah.hiuhiu..) Semua kena balance. Kalau alam pekerjaan pun, submission adalah ibarat NIGHTMARE juga. Pun sama juga, sampai stay up di office. & submission untuk real project pula adalah sangat detail, berformat, drafting skill pun harus mantops. 10x ganda membebankan berbanding submission projek masa belajar. Oh tapi ni saya gandakan dengan 10 untuk projek besar la.
Design kena reject- ni sebenarnya satu latihan yang sangat bagus masa study architecture. Tahu tak kenapa? Sebab masa belajar,kamu rasa lecturer banyak songeh sampai asyik kena tukar design. Bila bekerja, client ibarat pensyarah kamu yang kamu rasa banyak songeh tu. Masalahnya, client dah melabur duit diorang kat projek tu. & tukar design tu ibarat perkara biasa lah. Mestilah diorang nak the best.Client mintak tukar design ibarat pekerja di firm architecture nih robot, bukan manusia. Kalau nak esok, esok jugak. Kadang-kadang deadline tak reasonable. Masa belajar boleh le lagi nak manje-manje dengan lecturer mintak postpone submission. Time kerja? nak manje-manje dengan client? Mintak flying kick ada. *ok hiperbola lagi* Kalau design kamu masa belajar tak pernah direject, nanti kamu jadi architect, first time design kena reject..takkan nak nangis wuwuwu T__T & tak bole terima hakikat kot hanya sebab dulu design kamu lecturer asyik suka & tak pernah kena reject. Rejection tu perlu untuk melatih kamu. Fikir positif.Lagi banyak design kena reject, lagi banyak kamu re-design, lagi banyak process development sampailah kamu dapat siapkan design kamu. Then, bila kamu tengok balik butter papper atau mock up model kamu sepanjang process development tu, kamu akan tersenyum bangga sebab usaha yang kamu curahkan. Bangga sampai menetes air mata dan tersenyum sorang-sorang lah kira! *aku kalau tak masuk unsur-unsur drama memang tak sah eh*
Saya sangat faham perasaan nak quit tu. Sampailah ada kawan nasihatkan "ni feeling sementara aje sebab kau tengah stress. Aku tahu lepas ni kau mesti tak rasa nak quit." Memang betul pun. Rasanya memang normal dalam diri budak archi kot. Ada masanya rasa macam nak quit. Tapi percayalah, biasanya ni feeling sementara aje masa tengah stress. Bila dah reda sikit stress, nanti mula lah datang minat balik.Passion tu akan datang balik. Memang ada turun naik pun emosi belajar archi ni.
So, kalau adik Julie memang minat, & sanggup harungi cabaran ni. Teruskanlah. Kalau minat tapi dah rasa tak mampu masa 1st sem ni, tak terlambat lagi nak quit.Lagi satu, architecture kurang sesuai untuk mereka yang pemalas. Memang architecture sangat memerlukan komitmen yang tinggi. Di saat budak kos lain tidur nyenyak, kamu kat studio lagi buat design. Di saat budak kos lain layan drama Nora Elena, drama Korea, kamu masih dengan design. Hari-hari design. Padahal bukan design je kena tengok. Subjek lain pun berderet juga kan? Saya takkan tipu. Architecture memang sangat memenatkan & kadang-kadang banyak juga benda yang saya nak buat tapi tak dapat sebab kos ni. Tapi satu benda yang saya belajar, over the years..saya rasa makin matang.hiuhiuuu..Dah nampak corak architecture tu macam mana. Dah pandai sikit nak bahagi masa.Nak delegate & prioritize mana satu nak siapkan dulu. Eh rasa macam makin matang seh bila dah nak setahun bekerja.haha. Kalau boleh ulang balik masa belajar, saya akan buat yang terbaik masa study dulu. So adik-adik yang tengah study architecture tu, janganlah give up.Architecture memang banyak pakai duit.Kalau Julie rasa sem 1 dah banyak pakai duit, sampai sem 8 pun banyak pakai duit jugak.
Erm, bila saya ada rasa nak give up, saya selalu fikir.. setiap orang ada kelebihan. Allah bagi kelebihan kat aku untuk berada dalam bidang ni. Otak ni boleh guna untuk fikir pasal design, construction & apa-apa yang berkaitan architecture. Bukan semua orang ada kelebihan ni. So kenapa aku nak sia-siakan otak yang Allah dah bagi ni. Nak fikir pasal medic aku dahlah tak reti hafal nama sel bagai. So, gunakan kelebihan yang ada.& sentiasa ada semangat untuk majukan diri sendiri. Stress tu akan buatkan kamu lebih kuat sebenarnya. Perempuan boleh survive architecture?Memang rawk~ yeyeaahhh! (feeling nak joget-joget goyang punggung macam SinChan.Huahuaaaaa!!)
No comments:
Post a Comment