Thursday, March 22, 2012

SINOPSIS DIPLOMA SENI BINA

Tujuan utama kursus ini adalah untuk membentuk kebolehan sebagai pereka bentuk dalam  bidang seni bina yang boleh memberikan penilaian kepada isu-isu semasa di dalam  masyarakat yang bersangkut paut dengan amalan dan pengajian seni bina. Pelajar-pelajar  juga dilatih menyediakan kerja reka bentuk dan lukisan persembahan seni bina secara  konvensional dan terbantu komputer. Antara mata pelajarannya ialah Lukisan Seni Bina,  Reka Bentuk Seni Bina, Bahan dan Binaan, Perkhidmatan Bangunan, Struktur Seni Bina,  CADD, Sejarah Seni Bina, Sains Persekitaran dan Amalan Seni Bina

No comments:

Post a Comment