Saturday, June 2, 2012

Perkara Biasa ar :D

Assalamualaikum..
Admin nak kongsi satu entry yang menarik dari satu blog ni..
kalo nak thu selebihnye boleh gi kat link ni ok
gmbr2 kat bawah ni semue dari sempanan admin utk nmpk menarik hehee..
   http://sophiealyahya.blogspot.com/2012/04/masalah-adik-adik-menjadi-pelajar.html
Ok jom bace...;)



Masalah Adik-adik: Menjadi Pelajar Senibina


Aku baru dapat satu email dari seorang pelajar senibina. Aku tersenyum baca email dia. Apa yang dia sampaikan tu, aku dah pernah lalui. Jadi disini aku nak share la masalah adik tersebut supaya mereka yang sedang belajar jurusan senibina yang lain boleh faham jugak apa yang aku nak sampaikan ni.
Masalah beliau:
saya, Julie (bukan nama sebenar).. an architecture student di uitm seri iskandar. baru je semester 1.. hehe.. ada tips tak untuk hati tak mudah give up dan teruskan pengajian ni sampai habis 8 sem? saya da almost menyerah kalah da ni. beban kerja, submission yang gaya nak bunuh orang, design kena reject, syllabus yang da tukar membuatkan susah nak tanya senior... macam-macam laa... saya minat archi. saya pernah gagal first interview dan sanggup tunggu setahun untuk pergi ke 2nd interview. tapi bila da dapat belajar apa yang saya minat hati saya pula masalah... kalau boleh saya tak nak quit. da banyak duit saya habis, da banyak masa saya terluang. tolongla kak sophie.. T___T may your kind words save me from this kinda feeling..


1)Yang memang tak minat. Sekadar belajar sebab dapat kos ni atau parents suruh.Fiuuuuuu~ tarik nafas panjang dulu nak berfikir dan menaip. Hurmmm..Biasanya ada dua golongan pelajar senibina yang ada perasaan untuk quit:
2) Yang memang minat. Tapi bila sedang belajar kos senibina ni, ada perasaan macam stress tahap nak bunuh orang mahupun bunuh diri.

Nasihat saya untuk yang tak minat dan terpaksa belajar kos ni, quit lah.Honest ni. Masih belum terlambat. Susah nak survive architecture kalau tak minat. Beban dia terbawa-bawa sampai alam pekerjaan.
Bagi masalah macam adik Julie (bukan nama sebenar) ni pulak, dia minat tapi bila dah mula belajar dia stress.Sebenarya belajar dalam bidang apa-apa pun ada masanya akan stress kan? Tapi untuk entri ni saya akan fokus pada architecture. Kepada adik Julie, awak baru berada di sem 1. Semua beban yang awak lalui tu ibarat 1% je dari keseluruhan benda yang awak kena belajar untuk jadi seorang arkitek. Semua dugaan yang awak lalui, semua beban kerja, submission,design kena reject, itu adalah..PERKARA BIASA dalam architecture. Diulangi, PERKARA BIASA! ibarat hari-hari kena gosok gigi.

Saya cuba relate dengan realiti pekerjaan sekarang ok.
Beban kerja- Normal. Multi-tasking ialah perkara utama untuk manage diri sendiri bila berada dalam bidang ni. Nak jadi arkitek bukan sekadar kau design conteng-conteng kat kertas lepas tu bangunan dah siap,wahh! Skethces macam Frank Gehry seh! Tak. Kalau masa belajar submission kita ada lah dalam 8-10 keping kertas A1, dan kita dah cukup letih nak siapkan. Bayangkan bila kerja, nak prepare drawings untuk sesuatu submission mungkin satu set ada dalam ratus hingga ribu keping kertas A1 kot. Dan drawings masa nak submit itu adalah detail, harus tepat, salah kena lempang *ok ni hiperbola*. Kalau tukar satu pelan,.Mungkin tukar kedudukan dinding nak letak mana aje. Tapi kalau bangunan tu ada 30 tingkat? darab 4 blok bangunan? setiap tingkat kena ammend?keratan rentas (section) bangunan lagi? itu baru pasal dinding. Belum lagi masuk isu lain lagi.


Submission- Kita selalu stay up kan untuk submission? Tips bila nak submit, jangan terlalu fokus pada satu perkara sampai kamu abaikan perkara lain pada submisission tu. Biasanya lecturer tengok presentation tu as a whole. Gambaran keseluruhan. Kata lah kamu terlalu fokus pada model making dengan 3d perspective sampai abaikan drawings lain. Tak boleh. (sebab dulu saya macam ni so dah menyesal dah.hiuhiu..) Semua kena balance. Kalau alam pekerjaan pun, submission adalah ibarat NIGHTMARE juga. Pun sama juga, sampai stay up di office. & submission untuk real project pula adalah sangat detail, berformat, drafting skill pun harus mantops. 10x ganda membebankan berbanding submission projek masa belajar. Oh tapi ni saya gandakan dengan 10 untuk projek besar la.

Design kena reject- ni sebenarnya satu latihan yang sangat bagus masa study architecture. Tahu tak kenapa? Sebab masa belajar,kamu rasa lecturer banyak songeh sampai asyik kena tukar design. Bila bekerja, client ibarat pensyarah kamu yang kamu rasa banyak songeh tu. Masalahnya, client dah melabur duit diorang kat projek tu. & tukar design tu ibarat perkara biasa lah. Mestilah diorang nak the best.Client mintak tukar design ibarat pekerja di firm architecture nih robot, bukan manusia. Kalau nak esok, esok jugak. Kadang-kadang deadline tak reasonable. Masa belajar boleh le lagi nak manje-manje dengan lecturer mintak postpone submission. Time kerja? nak manje-manje dengan client? Mintak flying kick ada. *ok hiperbola lagi* Kalau design kamu masa belajar tak pernah direject, nanti kamu jadi architect, first time design kena reject..takkan nak nangis wuwuwu T__T & tak bole terima hakikat kot hanya sebab dulu design kamu lecturer asyik suka & tak pernah kena reject. Rejection tu perlu untuk melatih kamu. Fikir positif.Lagi banyak design kena reject, lagi banyak kamu re-design, lagi banyak process development sampailah kamu dapat siapkan design kamu. Then, bila kamu tengok balik butter papper atau mock up model kamu sepanjang process development tu, kamu akan tersenyum bangga sebab usaha yang kamu curahkan. Bangga sampai menetes air mata dan tersenyum sorang-sorang lah kira! *aku kalau tak masuk unsur-unsur drama memang tak sah eh*

Saya sangat faham perasaan nak quit tu. Sampailah ada kawan nasihatkan "ni feeling sementara aje sebab kau tengah stress. Aku tahu lepas ni kau mesti tak rasa nak quit." Memang betul pun. Rasanya memang normal dalam diri budak archi kot. Ada masanya rasa macam nak quit. Tapi percayalah, biasanya ni feeling sementara aje masa tengah stress. Bila dah reda sikit stress, nanti mula lah datang minat balik.Passion tu akan datang balik. Memang ada turun naik pun emosi belajar archi ni.

So, kalau adik Julie memang minat, & sanggup harungi cabaran ni. Teruskanlah. Kalau minat tapi dah rasa tak mampu masa 1st sem ni, tak terlambat lagi nak quit.Lagi satu, architecture kurang sesuai untuk mereka yang pemalas. Memang architecture sangat memerlukan komitmen yang tinggi. Di saat budak kos lain tidur nyenyak, kamu kat studio lagi buat design. Di saat budak kos lain layan drama Nora Elena, drama Korea, kamu masih dengan design. Hari-hari design. Padahal bukan design je kena tengok. Subjek lain pun berderet juga kan? Saya takkan tipu. Architecture memang sangat memenatkan & kadang-kadang banyak juga benda yang saya nak buat tapi tak dapat sebab kos ni. Tapi satu benda yang saya belajar, over the years..saya rasa makin matang.hiuhiuuu..Dah nampak corak architecture tu macam mana. Dah pandai sikit nak bahagi masa.Nak delegate & prioritize mana satu nak siapkan dulu. Eh rasa macam makin matang seh bila dah nak setahun bekerja.haha. Kalau boleh ulang balik masa belajar, saya akan buat yang terbaik masa study dulu. So adik-adik yang tengah study architecture tu, janganlah give up.Architecture memang banyak pakai duit.Kalau Julie rasa sem 1 dah banyak pakai duit, sampai sem 8 pun banyak pakai duit jugak.

Erm, bila saya ada rasa nak give up, saya selalu fikir.. setiap orang ada kelebihan. Allah bagi kelebihan kat aku untuk berada dalam bidang ni. Otak ni boleh guna untuk fikir pasal design, construction & apa-apa yang berkaitan architecture. Bukan semua orang ada kelebihan ni. So kenapa aku nak sia-siakan otak yang Allah dah bagi ni. Nak fikir pasal medic aku dahlah tak reti hafal nama sel bagai. So, gunakan kelebihan yang ada.& sentiasa ada semangat untuk majukan diri sendiri. Stress tu akan buatkan kamu lebih kuat sebenarnya. Perempuan boleh survive architecture?Memang rawk~ yeyeaahhh! (feeling nak joget-joget goyang punggung macam SinChan.Huahuaaaaa!!)

Wednesday, April 4, 2012

Secret resipe of ARCHITECTURE

Pada khamis 29 Mac 2012 yang lalu kami dari kelab Seni Bina telah menjalankan satu program yang dipanggil "Secret Resipe of Architecture 2012" Program ini telah disempurnakan oleh pensyarah kanan Seni bina En. Wan Rosidi bin Wan Chik pengganti perasmi yang pada asalnya ialah Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam En. Abdul Hamid bin Mad Desa yang tidak dapat hadir kerana sebab2 tertentu. Secret resipe of architecture ini merupakan salah satu program yg dijalankan atas dasar tugas yang diberikan oleh pensyarah dalam subjek soft skill disamping dapat menambah skill2 dan pengalam dalam menguruskan sesuatu program. Kami  Ahli kelab Seni Bina juga telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program pameran ‘Architecture presantation Drawing dan model di chaletmas ia merupakan program yang julung2 kalinya diadakan di POLIMAS. Selain itu program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan antara pelajar2 Diploma sem1 sem2 dan sem3 sem5 serta dalam satu organisasi.

Program ini diadakan dengan misi dan tujuan yang tersendiri iaitu untuk memperkenalkan Diploma Seni Bina di polimas sekaligus mempromosikan nilai-nilai keunikan yang terdapat dalam setiap unsur-unsur seni bina. Program ini dijalankan dengan matlamat untuk memupuk semangat kerjasama berpasukan dan melatih para pelajar untuk mengendalikan sesuatu majlis dengan sempurna dan baik.
Antara aktiviti2 yang dijalankan adalah seperti:
-
Pameran didalam dan luar Chalet mas




-Simpul kasih






-Persembahan multimedia
-Cabutan bertuah












-Pertandingan melukis bangunan polimas
-Pertandingan pazzle (kuiz minda)


-Pertandingan kupas bawang menggunakan jarum













Akhir kata, Ribuan TERIMA KASIH diucapkan kepada semua urus setia yg terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayaakan program ini 

PENAUNG:
EN. ARNAWARNU MUSSHA DAR BIN ABU HASSA

PENGERUSI:
MUHAMAD SUHAIRI BIN SYAFRI

N. PENGERUSI:
NOR DIYANAH BINTI NORDIN

SETIAUSAHA:
NURUL NADIRAH BINTI SHAHARUDIN

AJK MULTIMEDIA:
AFIQ BIN ANUAR(Ketua)
MOHD  SALLEHUDDIN BIN MOHD SANI
MUHAMMAD NORFAZELI BIN ABDUL GHAFAR
MUHAMAD ALIIF AZAM BIN MOHD NASIR

BENDAHARI
NUR SYARINA BINTI AZIZAN
MUHAMMAD SOLEH BIN KHALID

AJK KEBERSIHAN
MOHAMAD HASAN BIN RASIDI
MUHAMMAD FARID BIN OTHMAN
MUHAMMAD FIRDAUS BIN MERAN
NURUL SYIFA BINTI RAMLI

AJK MAKANAN
MOHAMMAD AMIN HAFIDZ BIN MD YUSUP
NOR SHAHIDATUL HUSNA BINTI NORAZMAN

AJK AKTIVITI
NURHIDAYAH BINTI AHMAD JOHAR
MUHAMMAD MUKHRIZ ARIEF BIN  ZULKARNAIN
SAYDATUL ASYIQIN BINTI MOHD SHAH
DIANA IZYANI BINTI ZULKUPLE

AJK KEBAJIKAN
NUR FATIN SYAMIMI BINTI KAMARUDEEN
ANIS SYUHADA BINTI AZIZ
NOR NABILA BINTI ABDULLAH

AJK KHAS
MUAZ ASHRAF BIN MOHD RUSLAN
AMIR SYAFIQ BIN MOHD SHRIF
ELYA SYAZWANI BINTI HAMZAH
MUHAMMAD REDZASYAMIL BIN RASHIDI
SITI MASTURA BINTI ZAINAL

*lain2 gambr leh lihat kat Page FB
jgn lupe LIKE :D
http://www.facebook.com/DSB2011

Friday, March 23, 2012

Seni Bina Burj Khalifa

Seni Bina dan reka bentuk bangunan Burj Dubai dibuat oleh Skidmore, Owings dan Merrill yang juga telah merekabentuk bangunan Menara Willis di Chicago dan Freedom Tower di New York City. Bangunan ini hampir menyamai wawasan Frank Lloyd Wright untuk bangunan Illinois di Chicago.
Reka bentuk Burj Dubai berasaskan seni bina Islam dengan tiga lobus tapak bangunan yang menyerupai bunga padang pasir. Menara ini terdiri dari tiga unsur yang membentuk gelendung utama. Pelan lantai berbentuk 'Y' yang menghadap Teluk Parsi. Ia juga berbentuk kubah bawang iaitu seni bina utama dalam Islam.
Bahagian luar disadur dengan aluminium dan tekstur keluli tahan karat dengan jarak panel menegak berbentuk tiub sirip keluli tahan karat. Sistem lapisan direka agar tahan suhu panas melampau di Dubai.
Bahagian dalaman dihiasi oleh pakar lanskap Georgio Armani. Hotel Armani mengambil 37 tingkat. Tingkat 45 hingga tingkat 700 akan menjadi apartmen persendirian bermula tingkat 64. Semua apartmen ini telah habis dijual dalam tempoh hanya 8 jam ketika mula dijual. Pejabat korporat diuntukkan pada tingkat 123 dan tingkat 124. Kolam renang juga disediakan pada tingkat 78.
Burj Dubai mempunyai sistem lif yang paling laju di dunia iaitu 18 meter sesaat, mengatasi bangunan Taipei 101 yang mempunyai sistem lif dengan kelajuan 16.83 meter sesaat. Ia menggunakan sistem lif berangkai yang dipanggil double decker elevator.

Jurutera menyatakan bangunan ini kukuh dari gegaran 120 darjah dan mampu menahan rempuhan angin ribut, taufan dan pelbagai bencana alam. Mereka telah mengambilkira faktor gempa bumi yang berlaku di wilayah Bam, Iran dan Teluk Parsi pada tahun 2004. Kedalaman pula 50 meter ke dalam tanah.

Thursday, March 22, 2012

SINOPSIS DIPLOMA SENI BINA

Tujuan utama kursus ini adalah untuk membentuk kebolehan sebagai pereka bentuk dalam  bidang seni bina yang boleh memberikan penilaian kepada isu-isu semasa di dalam  masyarakat yang bersangkut paut dengan amalan dan pengajian seni bina. Pelajar-pelajar  juga dilatih menyediakan kerja reka bentuk dan lukisan persembahan seni bina secara  konvensional dan terbantu komputer. Antara mata pelajarannya ialah Lukisan Seni Bina,  Reka Bentuk Seni Bina, Bahan dan Binaan, Perkhidmatan Bangunan, Struktur Seni Bina,  CADD, Sejarah Seni Bina, Sains Persekitaran dan Amalan Seni Bina